Hillary terjatuh di pintu pesawat


SANAA – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton terjatuh di pintu masuk sebuah pesawat di sini untuk ke Oman, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stesen televisyen Fox di AS menerusi siaran beritanya turut melaporkan insiden itu pada Selasa lalu.

Hillary tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, insiden Hillary Clinton itu disebarkan di Internet.

Beliau berada di Sanaa dalam lawatan yang tidak diumumkan itu dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan antara Yemen dan AS.

Semasa melawat Yemen, Hillary mendesak Yemen meningkatkan kerjasama keselamatan dengan AS.

Sebelum terjatuh, beliau memberitahu pemberita bahawa perkembangan ekonomi dan isu-isu keselamatan menjadi keutamaan dalam perbincangan.

Lawatan itu juga bertujuan untuk membantu Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menangani masalah berkaitan kumpulan Al-Qaeda yang mengancam kedua-dua buah negara.

Semasa lawatan itu, Hillary menyerahkan surat kepada Ali daripada Presiden AS, Barack Obama termasuk undangan untuk melawat Washington.

Di Oman, Hillary menemui pemerintah negara itu, Sultan Qaboos dalam lawatan selama lima hari di rantau Arab.

Dalam satu mesyuarat dengan beberapa pemimpin Oman, Hillary turut memuji perkembangan di Oman sejak Sultan Qaboos memerintah selepas baginda merampas kuasa daripada ayahandanya, Sultan Said bin Taymur pada 1970. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: