Gambar bendera PAS dibuang


MPK buang bendera PAS

Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kini cukup bimbang dengan strategi ‘gelombang’ Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno Peringkat Negeri yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga Besar, Chukai, di sini, esok.

Ini menyebabkan, kerajaan negeri telah menggunakan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan pihak polis bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang oleh petugas parti di sekitar bandar Chukai dan di jambatan Sungai Kemaman.

Tinjauan Harakahdaily mendapati operasi selama satu jam itu berjalan lancar dengan kawalan sebuah kereta peronda polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).

Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut ‘arahan’ pimpinan Umno BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.

Program yang bermula jam 9 pagi esok melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harakahdaily

Advertisements

Satu Respons to “Gambar bendera PAS dibuang”

  1. LIHATLAH UMNO LAKNATULLAH SEMAKIN GOYAH DENGAN PAS, DEK KERANA KEHEBATAN YANG DI MILIKI PAS. TAKBIR ALLAH HUAKBAR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: