Lori tersekat bawah jejambat hempap teksi, motosikal


KUALA LUMPUR: Sebuah lori kawalan keselamatan yang gagal melalui bawah jejambat Bulatan Datuk Onn berhampiran Bank Negara, di sini, akibat melebihi had ketinggian ditetapkan terbalik sebelum menghempap sebuah teksi dan motosikal di laluan berkenaan, pagi semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pemandu teksi dan pembonceng motosikal terbabit yang berusia 30-an cedera ringan dan sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari lori terbabit mula senget.
Penumpang dalam teksi itu, seorang lelaki warga Iran turut sempat menyelamatkan diri. Pemandu lori terbabit sebaliknya tidak cedera.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi, berkata kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan polis menutup laluan berkenaan bagi membolehkan kerja mengalihkan lori terbabit dijalankan.-Hmetro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: