Debat: Nasrudin harap Khairy terima


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan harapan tinggi agar Khairy Jamaludin yang disifatkannya sebagai ‘beria-ia’ berdebat, menerima pelawaan forum Pemuda PAS.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, beliau mahu Ketua Pemuda Umno itu melupakan sahaja hasrat berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya tidak sepadan.

“Maka saya berharap YB Khairy Jamaludin yang kini beria-ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut.

“Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat telah mengemukakan cabaran sama kepada Khairy dan telah dimaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Forum tersebut akan diadakan pada 18 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), bermula jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.

“Insyaallah, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau hari ini.

“Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak Umno dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai kerajaan kelak,” ujar Nasrudin.

Tegasnya, forum tersebut bertujuan mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan, jauh sekali untuk bertegang urat.

Ianya juga sebagai medium untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS membuat pelawaan tersebut selepas Khairy dilaporkan sedia menggantikan Perdana Menteri menyahut debat yang dilontar Anwar kepada Perdana Menteri.

Empat orang panel dijemput, masing-masing dua mewakili Pakatan Rakyat dan dua lagi mewakili BN.

Pakatan Rakyat akan diwakili AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua manakala panel dari parti Gerakan dan Umno mewakil BN.

“Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak Umno dan BN,” katanya.

Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: