Adun Umno Selangor digesa hadir sidang 24 Jan


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada Barisan Nasional khususnya Umno perlu hadir ke sidang DUN khas membabitkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Negeri ekoran isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mencetuskan kemelut di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, pindan yang hendak dilakukan ini untuk memertabatkan kembali kedaulatan Sultan sebagaimana pre – 1993 iaitu berkaitan lantikan-lantikan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) melalui cadangan Menteri Besar (MB) dan kemudiannya perkenan daripada Istana.

Kata beliau, hadir atau tidak Adun Umno dalam sidang itu akan mencerminkan diri sebenar mereka.

“Apakah yang mereka laungkan selama ini (mempertahankan kedaulatan Raja-raja) lahir daripada hati nurani yang ikhlas atau hanya untuk memancing sokongan rakyat kepada mereka sahaja.

“Sekiranya wakil Umno tidak hadir ternyatalah mentaliti mereka seperti tahun 1992 dan 1993 (bersetuju kuasa Raja-raja dikurangkan), dengan ini rakyat akan kenal wajah sebenar pemimpin Umno yang hanya bersendiwara,” kata pesuruhjaya PAS itu dalam sidang media di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia pagi tadi.

Hassan yang juga Exco kerajaan Selangor berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai sidang DUN Selangor 24 Januari ini.

Menurut Hassan sidang tersebut bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri – yang telah menimbulkan kemelut dalam pentadbiran Selangor – dalam perspektif yang betul.

Katanya, tujuan pindaan Perlembagaan Negeri itu juga merupakan satu langkah menjadikan undang-undang tersebut lebih jelas dan boleh dirujuk berkaitan kuasa kerajaan negeri kerana peruntukan yang ada sekarang agak samar.

Ditanya kemungkinan Umno akan mencabar pindaan tersebut di Mahkamah ekoran ada pandangan mengatakan tindakan kerajaan Selangor mahu meminda perlembagaan negeri itu menimbulkan implikasi undang-undang, Hassan berkata Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya.

“Persidangan ini dibuatpun dengan mengambil kira banyak pandangan daripada pakar-pakar khususnya pakar berkaitan perlembagaan dan undang-undang selain penyelidikan dan perbincangan antara pimpinan,” katanya.

Semalam Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah mengesahkan Dun Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Sebelum itu, MB Selangor dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Kemelut di Selangor bermula apabila Setiausaha Negara (KSN) melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan proses yang mencabul kuasa kerajaan negeri dengan membelakangkan calon yang dipilih Menteri besar.

Khalid dalam kenyataanya menolak pelantikan itu dan mendakwa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Kerajaan Negeri dalam proses pemilihan calon Setiausaha Kerajaan berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Mengulas situasi tersebut, Hassan buat pertama kali bersuara sejak isu tersebut meletus berkata, semua pihak yang terbabit harus memberi pertimbangan kepada empat unsur yang terpenting dalam pengurusan pembangunan negeri iaitu istana, kerajaan negeri, kakitangan kerajaan serta rakyat.

Dalam masa yang sama ujar beliau, dua unsur yang sangat berkaitan yang perlu diberi perhatian ialah peruntukan undang-undang dan amalan konvensyen.

“Peruntukan undang-undang dan amalan konvensyen harus dipertahankan di negeri Pakatan Rakyat,” katanya yang menyuarakan pendangan rasmi PAS Selangor dalam isu tersebut.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya, Dr Che Rosli Che Mat; Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman; Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Sharir Mohd Shahrir; Ketua Pemuda, Hasbullah Mohd Ridzwan dan Ketua Muslimat, Wan Hasrina Wan Hassan.

Sehubungan itu Hassan menambah PAS Selangor menyokong langkah yang diambil oleh kerajaan negeri termasuk bersama dalam usaha mengadakan sidang khas pada 24 Jan akan datang.

Dalam masa yang sama katanya, PAS Selangor akur kepada peranan istana dan menyanjung institusi raja yang bebas daripada campurtangan politik.

Hassan juga mengakui kenyataan rasmi daripada PAS berhubung isu ini hanya dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS negeri dan mendapatkan pandangan daripada pimpinan peringkat pusat.

PAS Selangor katanya, mengarahkan pimpinan negeri supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut atas nama parti untuk mengelak daripada terus memburukkan keadaan.

Bagaimanapun ditanya mengenai YDP Shah Alam, Khalid Samad yang telah mengulas isu itu, Hassan berkata, Khalid bercakap atas dasar individu dan bukan mewakili suara rasmi parti.

“Sebagai seorang ahli parlimen beliau bebas untuk bersuara dan memberikan imput-imput dalam sesuatu isu, cuma itu adalah pandangan peribadinya,” katanya.

Harakahdaily

3 Respons to “Adun Umno Selangor digesa hadir sidang 24 Jan”

  1. Eloklah tu, moga para pemimpin kita tidak kira UMNO, MIC, MCA, PAS, PKR dan DAP renungkan sedalam-dalamnya demi kestabilan negeri dan negara kita sayangi ini. Sama-sama berjuang untuk kepentingan rakyat terbanyak. Ketepikan kepentingan politik sempit yang tidak menguntungkan sesiapapun dalam jangka masa panjang.Rakyat diDahulukan daripada mendahulukan perkara lain. Gunakanlah pertimbangan waras tanpa adanya kepentingan politik semata. Perkara yang baik perlu disokong sepenuhnya, perkara yang tidak baik sepatutnya dielakkan.

  2. Moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada para pemimpin kita samada di peringkat negeri dan negara sama-sama berpadu tenaga untuk kepentingan rakyat secra keseluruhannya. Kemabalilah kepada landasan sebenar. Letakkan hak kepada yang berhak agar kehidupan bermasyarakat kita dalam keadaan yang sentiasa tenang dan bahagia untuk memacu negara ke arah negara maju.

  3. Berlapang dada adalah sebaik-baik sikap dan sifat yang diajar oleh Rasulullah SAW. Moga negeri Selangor selepas ini berada dalam keadaan yang tenang dan tenteram selamanya. Allah Selamatkan Negeri dan Rakyat Selangor di bawah naungan Tuanku Sultan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: