1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor


Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.

Mereka melaungkan ‘Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi’ sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.

Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.

Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.

Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.

Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.

“Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim,” ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.

Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.

Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Harakahdaily

Advertisements

Satu Respons to “1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor”

  1. Habib Ahmad Says:

    JADUAL TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله – SHAFAR 1432H/JANUARI 2011

    10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)

    KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
    11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD)
    KULIAH SHUBUH DI MASJID KOTA DAMANSARA;
    ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 – 11.00 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
    WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30 PAGI – 11.30 PAGI
    KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
    14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
    WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM

    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    SEBARANG PERUBAHAN INSYAALLAH AKAN DIMAKLUMKAN. OLEH ITU SILA RUJUK/SEMAK JADUAL PROGRAM

    BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: