Umno tersepit, minta PAS bersama – Anwar


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu.

Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam.

Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin.

Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, “Bila Umno tersepit, minta PAS bersama.” Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya.

Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak  menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu.

“Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang  tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana,” katanya.

Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: