Polis nasihat pengguna berhati-hati lalu jalan Gua Musang-Kuala Gerang


GUA MUSANG: Polis mengingatkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Berang, Terengganu supaya lebih berhati-hati berikutan terdapat banyak kerosakan teruk termasuk lubang besar di laluan berkenaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata kawasan yang paling teruk berlaku kerosakan adalah di Kilometer 47 dari Kuala Berang ke Gua Musang.

“Kerosakan juga turut berlaku di jalan kawasan Rancangan Tanah Felda Aring yang memerlukan pengguna lebih berwaspada terutama waktu malam.

“Musim tengkujuh sekarang antara faktor berlaku kerosakan jalan dan kita meninjau di sepanjang jalan itu dengan mengenalpasti lokasi bahaya,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke laluan itu hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya membabitkan jalan

utama di Hulu Kelantan sudah menurun sepanjang tahun lalu berikutan sikap
pengguna yang lebih berhati-hati. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: