Mat Bangla gila seks Kaki raba dalam tren


Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila diraba ketika dalam tren komuter, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Yani, 25, menaiki tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Shah Alam. Beliau berkata, pada mulanya, dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan dalam tren agak sesak dengan orang ramai.

“Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu merayap di punggung saya, tetapi keadaan tren yang bergoyang membuatkan saya berfikir mungkin lelaki di belakang saya itu tersentuh secara tidak sengaja,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula pelik selepas lelaki itu masih memegang punggungnya, malah mula bertindak meraba dengan berlakon seolah-olah tidak sengaja menyentuhnya.

“Perbuatan lelaki itu tidak disedari orang ramai kerana kedudukan yang rapat sehingga sukar bergerak berikutan tren kebiasaannya penuh dengan penumpang pada waktu berkenaan.

“Selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saya cuba menepis tangannya dan beredar ke depan sedikit di hentian seterusnya selepas ada penumpang turun,” katanya.

Beliau berkata, sangkaannya lelaki itu tidak mengekorinya meleset selepas dia sekali lagi meraba punggungnya.

Yani yang geram dengan tindakan itu kemudian menampar tangan lelaki terbabit sehingga dia terkejut lantas beralih ke belakang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya sempat melihat gelagat lelaki itu yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Saya juga sempat merakam gambarnya melalui telefon bimbit saya.

“Tidak puas mengambil kesempatan ke atas saya, lelaki itu kemudian beralih pula kepada seorang lagi wanita yang berada berhampiran,” katanya.

Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan sama kepada wanita terbabit tanpa menyedari diperhatikan.

“Saya yang geram melihat perbuatannya yang tidak serik lantas menghampiri mereka dan sekali lagi menampar tangan lelaki itu.

“Tindakan saya itu membuatkan lelaki itu terkejut sehingga wanita yang dirabanya turut terpinga-pinga melihat tindakan saya. “Pada mulanya wanita itu menyangkakan saya yang melakukannya, namun selepas diterangkan baru dia faham,” katanya.

Katanya, selepas kegiatannya terbongkar, lelaki itu terus melarikan diri sebaik tren berhenti di Hentian Seri Setia bagi mengelak ditahan.-Hmetro

P/s: Penumpang Perempuan kena lebih hati-hati semasa menaiki tren,Kecurian pun banyak berlaku tanpa kita sedari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: