Selangor buat solat hajat, mohon selesai kemelut


Ekoran beberapa kes yang melanda pentadbiran negeri Selangor, kerajaan negeri itu akan mengadakan solat hajat malam ini.

Majlis solat hajat berkenaan akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Dimaklumkan, program tersebut akan bermula jam 6.30 petang sebelum solat maghrib.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Arfa’eza A. Aziz, program malam ini adalah bertujuan memohon kesejahteraan, kebenaran dan keadillan kepada kerajaan dan rakyat negeri itu.

“Solat hajat untuk kesejahteraan, kebenaran dan keadilan Selangor malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Sehubungan itu, semua rakyat negeri Selangor dijemput menghadiri majlis tersebut yang turut akan diisi dengan ucapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain.

Majlis itu dipercayaai ada kaitan dengan isu terbaru melanda kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Suk) yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi oleh pusat berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perlantikan Khusrin itu bagaimanapun dipertikai kerajaan negeri kerana mendakwa tidak dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar.

Isu tersebut terus menjadi polemik pada masa ini apatah lagi turut melibatkan pihak istana negeri Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan ianya didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik pihak tertentu.

Kerajaan negeri juga menurut beliau memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan  kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.

Mereka turut menggalakkan persatuan dan  pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini.

Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: