Kafa masih membisu insentif Piala Malaysia


Biar pun hampir sebulan tawaran insentif dibuat kepada pemain ekoran kejayaan menggondol Piala Malaysia, namun pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih membisu.

Tawaran insentif sebanyak RM200,000 dibuat kerajaan negeri sebaik sahaja Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim 2010.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 1 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih menunggu jawapan berhubung tawaran tersebut bagi manfaat pemain.

”Kita bercadang meraikan pemain pada majlis makan malam di samping memberi sumbangan kepada mereka sebanyak RM200,000.

”Surat rasmi mengenai tawaran itu dihantar kepada pihak Kafa berhubung perkara itu hampir dua minggu lalu.

“Dan sehingga kini masih tiada jawapan dan kita masih menanti jawapan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, semalam.

Insentif tersebut sebagai hadiah selepas pemain Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Ekoran sikap membisu Kafa menyebabkan ada pemain mendakwa Kafa tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia.

Seorang pemain Akmal Rizal Rakhli mengakui beliau dan beberapa pemain lain mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.-Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: