Pekung laser Indonesia terdedah


KUALA LUMPUR – Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk ‘Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?‘ pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

“Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan,” katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

“Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?,” ujarnya.

Ramai lepas geram dalam Twitter

KUALA LUMPUR – Sebilangan warga Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan mereka, telah membuat tuduhan di Twitter bahawa Malaysia meraih kemenangan secara tidak adil selepas penyokong di Kuala Lumpur mengganggu pemain Indonesia dengan menggunakan sinaran laser.

Sekurang-kurangnya empat daripada 10 ayat dan frasa utama yang digunakan itu mengecam Malaysia sejurus selepas pasukan tuan rumah mengalahkan Indonesia 3-0 pada final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin.

Dalam masa sejam, perkataan seperti ‘malaysiacheatlaser’ (malaysiatipulaser) menduduki tangga pertama carta topik Twitter.

Perkataan lain yang digunakan adalah ‘Use Laser’ (guna laser, ‘Curang’ (tipu) dan juga ‘Support Garuda’ (sokong Garuda) yang merujuk kepada skuad Indonesia.

Tutup stadium angkara peminat


PEMINAT bola sepak Indonesia memanjat pagar Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin untuk membeli tiket perlawanan akhir pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 esok.

 

JAKARTA – Bimbang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 dipindahkan ke venue lain, pihak pengurusan Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di sini semalam bertindak mengkuarantin stadium itu dengan menutupnya selama dua hari bermula semalam.

Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Kompleks Sukan GBK, M. Nigara berkata, larangan itu turut melibatkan sesi latihan skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia yang sepatutnya dijadualkan hari ini.

“Sesi latihan bagi menguji padang yang lazimnya diadakan sehari sebelum perlawanan terpaksa dibatalkan.

“Ia bagi membolehkan proses baik pulih rumput yang rosak teruk akibat dipijak dan dirosakkan para penyokong yang merusuh ketika pembelian tiket semalam (kelmarin).

“Kami akan melakukan kerja-kerja membaik pulih secepat mungkin bagi memastikan ia dapat memenuhi tahap piawaian untuk melangsungkan final kedua Rabu ini (esok),” kata Nigara semalam.-Kosmo

2 Respons to “Pekung laser Indonesia terdedah”

  1. Where can i get a dozen of lasers for tonite match at Gelora Bing Karno?

  2. […] Pekung laser Indonesia terdedah KUALA LUMPUR – Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada […] […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: