AMK Selangor tolak Khusrin


Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) dalam satu kenyataan hari ini menolak perlantikan Datuk Khusrin Munawi (gambar)  sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Menyifatkan tindakan kerajaan pusat itu sebagai tidak menghormati kerajaan negeri, ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin, perlantikan itu dibuat untuk mencapai kepentingan politik pihak tertentu.

“AMK Selangor menegaskan bahawa kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri khususnya dalam perlantikan jawatan kanan kerajaan Selangor dan tidak mencampurkan adukkan agenda politik sempit Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.

“Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara,” katanya yang juga timbalan ketua AMK Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pagi tadi bahawa Khusrin dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari.

Selain itu, turut dipertikaikan kredibiliti Khusrin itu sendiri yang boleh dilihat dengan jelas sepanjang menggalas jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Khairul Anuar, Khusrin selama ini gagal untuk melaksanakan agenda kerajaan negeri malah lebih cenderung melaksanakan agenda politik Umno-Barisan Nasional.

“AMK Selangor juga memohon ke bawah DYMM Sultan Selangor agar menolak perlantikan Khusrin Munawi dan berharap agar jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor digalas oleh individu yang berkaliber,professional dan dapat melaksanakan dengan baik agenda kerajaan negeri Selangor yang mendapat mandat daripada rakyat pada 8 Mac 2008 lepas,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Selangor dalam satu kenyataan terbaru mereka memberitahu pelantikan Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor perkara itu belum muktamad.

Mereka mendakwa cadangan melantik ketua pengarah JAIS ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, Menteri Besar lapor kenyataan itu telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga difahamkan turut menghantar tiga nama yang telah diputuskan oleh panel yang ditubuh kerajaan negeri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan),” kata kenyataan itu.

Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: