PMR: Maahad Muhammadi Perempuan catat 99%


Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini memprolehi 99 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 berbanding 98 peratus pada 2009.

Pencapaian peratus kelulusan itu melepasi target pihak sekolah apabila seramai 109 pelajar mendapat ‘A’.

Pengetuanya, Ustaz Mohd Mansor Mohd Daud ketika mengumumkan keputusan Peperiksaan PMR 2010 memaklumkan pencapaian keputusan PMR 2010 meningkat berbanding 2009.

“Pencapaian pelajar mendapat ‘A’ juga meningkat kepada 26 peratus, seramai 109 pelajar berbanding pencapaian 2009, 24 peratus seramai 88 pelajar,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau yang juga mantan Pengetua Maahad Tahfiz Wal-Qiraat Pulai Chondong itu memaklumkan, antara program dilaksanakan MMP dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dalam Peperiksaan PMR membabitkan empat program khusus.

“Program yang menjadi factor kecemerlangan ini, selain daripada factor kesungguhan para pelajar berkenaan iaitu program dijalankan MMP membabitkan empat program khusus.

“Pertama, Program Imtiaz iaitu program diatur berftujuan untuk memilih pelajar cemerlang dan terbaik, manakala program kedua mewujudkan kumpulan dengan pencapaian 100 peratus mengikut target sekolah.

“Mengikut target kita, pencapaian pelajar dalam PMR bagi 2010 seramai 100 orang, namun pencapaian sebenar yang diperolehi 109 orang, alhamdulillah, melebihi target kita,” katanya.

Menurutnya, kumpulan ketiga ialah Kumpulan Lonjakan di mana golongan itu merupakan golongan pelajar pencapaian ‘pertengahan’ di mana (target) lonjakannya daripada ‘B’ dan ‘C’ kepada ‘A’.

Sementara golongan keempat ialah apa yang disebut sebagai ‘An-Nusrah’ iaitu golongan pelajar yang mencapaiannya (dalam Peperiksaan Percubaan PMR) adalah rendah.

Dengan erti bahawa target MMP ialah mahu ‘clear’ semua dengan kelulusan cemerlang.

“Semua mata pelajaran yang diambil pelajar tahun ini lulus 100 peratus, kecuali mata pelajaran Bahasa Arab apa hanya empat orang gagal.

“Dalam semua mata pelajaran peperiksaan PMR yang diambil pelajar seramai 410 orang, hanya tiga pelajar saja yang gagal mendapat ‘A’,” katanya.-Harakahdaily

Satu Respons to “PMR: Maahad Muhammadi Perempuan catat 99%”

  1. Radziah Wahab Says:

    Salam

    Nama saya Radziah Wahab. Saya brminat mghantar ank saya ke sekolah yg ada tahfiz & sains. Apakah kelayakan utk memasuki sekolah ini?

    T: 03-6142 6668 / 019-693 2256

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: