MB bebas rasuah tanda keterbukaan pentadbiran negeri


Keterbukaan kerajaan negeri dalam memerangi rasuah telah disalah anggap oleh sesetengah pihak sehingga sanggup mengheret Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ke dalam siasatan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM), seolah-olah beliau dan menantunya telah dihukum oleh mereka ini, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan hari ini.
Muhammad Fadzli berkata ketelusan sikap Nik Aziz tersebut terbukti apabila pihak SPRM telah menutup fail keatas kes yang dianggap salah oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dari pihak umno-BN.
“Saya mengucapkan syabas kepada SPRM kerana telah mempercepatkan siasatan terhadap Tok Guru (Nik Aziz) dan menantunya dan terbukti mereka tidak melakukan kesalahan”ujar beliau.
Beliau juga berharap pihak SPRM mencari satu mekanisma untuk mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja membuka ruang untuk membuat fitnah terutamanya dalam kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa kerana apabila seseorang itu diheret ke SPRM seolah-olah mereka ini telah melakukan kesalahan sehinggakan boleh menjatuhkan imej mereka.
“Kita sedar sepanjang PAS mentadbir Kelantan ini, terlalu banyak pihak di sebelah sana bersedia untuk menyerang pimpinan kerajaan, malah sikap bersih dari rasuah di negeri ini juga telah diakui sendiri oleh pihak SPRM dimana hanya kes yang melibatkan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan negeri juga amat kecil” ujar beliau lagi.
Sebelum ini Nik Abdul Aziz telah disiasat atas dorongan untuk menerima tawaran menunaikan fardhu haji tahun lepas dengan melibatkan kos RM65 ribu dan isu pelantikan menantu beliau Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).-Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: