Zina: PAS Kelantan kaji tindakan undang-undang


PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan individu yang menyebar dan terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap Adun Selising, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau berkata tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

“Kita sedar, PRU sudah semakin hampir dan dengan kemudahan internet serta teknologi moden, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan bahan ini untuk membuat dan menyebarkan fitnah kepada kita dan ia akan dipantau”ujar beliau.

Dr.Muhammad Fadzli juga berkata umno-BN kini sudah tidak mampu untuk berlawan secara ideologi maka kaedah fitnah melalui “ Character assassination” digunakan.

Menurut beliau lagi pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anuwar Ibrahim dan kini PAS juga telah dijadikan mangsa fitnah mereka.

“PAS ingin mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab”Kata beliau lagi.

Semalam Harakahdaily melaporkan cabaran yang dibuat oleh Adun Selising Drs.Saipul Bahrin Mohamad terhadap mana-manap pihak yang menyebarkan fitnah membawa bukti dalam kes “berzina” tersebut-Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: