SPRM : Kes rasuah di Kelantan amat kecil


Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kes rasuah membabitkan penjawat awam negeri di Kelantan begitu rendah berbanding dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Bahagian Pengurusan), Datuk Zakaria Jaafar berkata, sehingga Oktober tahun ini hanya dua orang penjawat awam negeri yang diteraju PAS itu dikenakan tindakan.

”Walaupun angka ini amat kecil jika dibanding dengan jumlah kakitangan awam negeri lebih 7000 orang,” katanya selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri di sini kelmarin.

Program itu dirasmikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nassurudin Daud.

Sebelum ini Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias memberitahu kes rasuah membabitkan kakitangan kerajaan negeri hampir sifar.

Zakaria mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mengawal diri terutamanya berkaitan urusan rakyat.

”Hendaklah menjauhkan diri dari mendekati unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

“Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan seolah-olah mengharap balasan dari mereka,” ujarnya.

Nassurudin berkata, tokoh intergriti terkemuka ialah Nabi Muhammad SAW yang perlu dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuk penjawat awam.

Sementara itu portal berita Malaysiakini melaporkan SPRM mengesahkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersih daripada tuduhan rasuah.

Sebelum ada pihak mendakwa Menteri Besar Kelantan ditaja bagi mengerjakan haji.  Dan satu lagi kes pelantikan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil berkata Tuan Guru Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerjakan haji sebanyak RM65,000.

Selain itu, katanya, Mursyidul Am PAS itu tidak pergi mengerjakan haji.

Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: