BN naik harga barang untuk dana PRU


Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga empat barangan keperluan baru-baru ini  adalah bertujuan mengutip dana pilihan raya untuk Umno BN.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi ‘lubuk emas’ mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.

“Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya.

“Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini.

Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut.

Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada rakyat.

“Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan.

“Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa,” katanya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu.

Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding RM1.85 sebelum ini.

Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram

Harakahdaily

Satu Respons to “BN naik harga barang untuk dana PRU”

  1. Salam,

    Mohon link blog http://paspb2.blogspot.com/ dalam blog tuan.

    Terima kasih.

    wmpaspb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: