Pihak tuntut Pulau Pinang bukan wakili Kedah


Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), supaya Kedah menuntut hak ke atas Pulau Pinang, bukan mewakili Kerajaan, kata Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bahkan tegas Azizan, beliau dan pihak kerajaan negeri tidak mengetahui apakah motif sebenar tuntutan yang dibuat oleh PSMCK bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah sepertimana yang diwar-warkan kebelakangan ini.

Azizan berkata demikian mengulas isu yang telah dibangkitkan oleh PSMCK baru-baru ini supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.

Dalam tuntutan yang dibuat PSMCK melalui Pengerusinya, Datuk Dr.Wan Shamsuddin Mohd Yusof, persatuan itu menuntut supaya Pulau Pinang diletakkan semula di bawah kekuasaan dan jajahan negeri Kedah berdasarkan kepada fakta sejarah yang lalu.

Isu tuntutan semula itu mendapat reaksi pro dan kontra pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin politik dan juga orang perseorangan di kedua-dua negeri.

Bagaimanapun Azizan mengakui kerajaan negeri pimpinannya menuntut supaya Kerajaan Pusat menaikkan nilai pajakan Pulau Pinang daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun.

“Tuntutan tersebut telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat sejak Pakatan Rakyat mulai menerajui kekuasaan negeri Kedah lagi. Namun begitu, sehingga kini tiada tindak balas yang diterima dari pihak Pusat mengenai perkara tersebut.

“Buat masa ini Kerajaan Negeri hanya menuntut supaya kadar pajakan dinaikkan, itu sahaja,” kata Azizan.

Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: