Rolls-Royce Kena Baling Bom Cat


LONDON – Kereta Rolls-Royce yang dinaiki pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles dan isterinya, Camilla, dibaling dengan bom cat oleh sekumpulan penunjuk perasaan di sini kelmarin.

Insiden ganas itu berlaku ketika kumpulan pelajar merusuh di jalan-jalan raya di sini kerana memprotes kenaikan yuran pengajian di universiti Britain.

Dalam kejadian tersebut, sekumpulan 20 penunjuk perasaan bertopeng menyerang hendap kereta pasangan diraja itu ketika mereka keluar menyaksikan satu persembahan diraja di Paladium London sekali gus mengembalikan igauan ngeri peristiwa percubaan untuk menculik Puteri Anne pada 1974.

Namun, kali ini, penunjuk-penunjuk perasaan menggoncang dan menendang kereta diraja serta membalingnya dengan sejumlah bom cat sambil melaungkan kata-kata kesat.

“Penggal kepala mereka!,” jerit beberapa penunjuk perasaan kelmarin.

Seorang saksi berkata, Putera Charles tenang sepanjang insiden tersebut.


KERETA Rolls-Royce yang dinaiki Putera Charles dan isterinya, Camilla, mengandungi tompokan berwarna putih akibat terkena balingan cat di London Palladium, London kelmarin.

 

“Charles menyuruh isterinya duduk di lantai kereta dan memeluknya untuk menenangkannya,” kata seorang saksi berusia 23 tahun, Adnan Nazir.

Camilla dan Putera Charles, 62, selamat dalam serangan itu tetapi ia mencetuskan kritikan berhubung tahap kawalan keselamatan keluarga diraja Britain yang longgar.

Sementara itu, Perdana Menteri, David Cameron berkata, ketika bercakap di luar pejabatnya di Downing Street di sini menyatakan, kerajaan memandang serius insiden tersebut dan mahu mereka yang terbabit ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

“Saya menyalahkan kumpulan perusuh tersebut dalam kejadian ini yang bertindak ganas dan saya mahu mereka ditangkap dan dihukum dengan sewajarnya,” kata Cameron. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: