Gua Musang: Maut dipijak gajah


GUA MUSANG – Seorang lelaki maut dipijak gajah liar manakala empat rakannya terselamat dalam kejadian dikejar sekumpulan gajah semasa mereka mencari buah keranji di Hutan Bring, dekat Pos Pasik, di sini petang semalam.

 

Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama, Gua Musang ditemui meninggal dunia ditempat kejadian oleh rakan-rakannya itu dipercayai dipijak gajah liar terbabit di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritenden Saiful Bahri Abdullah, berkata, lima sahabat itu telah keluar mencari buah keranji pada pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

 

“Sebaik sampai di hutan berkenaan mereka berjalan kaki dalam kawasan hutan untuk mencari pokok keranji lalu terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka.

 

“Dalam kejadian dikejar, masing-masing lari menyelamatkan diri sebelum mereka menyedari kehilangan Muhamad Adnan,” katanya di sini, hari ini.

 

Saiful Bahari berkata, rakan-rakannya itu kemudian berpatah balik mencari mangsa selepas kumpulan gajah itu beredar dari kawasan berkenaan.

 

“Mereka menemui mangsa dalam keadaan cedera parah dan telah meninggal dunia dan membawa mayat ke rumahnya sebelum membuat laporan polis,” katanya. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: