Mahkamah tolak permohonan Anwar gugur hakim


Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menukar hakim daripada menghakimi kes fitnah liwat II ditolak dan digugur Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam pembelaan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendakwa tiada bias atau kecenderungan untuk bias jadi permohonan itu perlu ditolak, lapor web TV Selangor.

Walau bagaimanapun, Anwar ketika memberi komen kelihatan tenang dan mengesahkan akan membuat permohonan di mahkamah rayuan.

Sementara peguam utamanya, Karpal Singh melahirkan kekesalan beliau dengan keputusan ini.

“Beliau sepatutnya berhenti jika timbul keraguan dari orang ramai tentang penghakimannya,” tegas Karpal.

Pasukan pembelaan Anwar pada 24 November lalu telah membuat permohonan untuk menggugurkan hakim Mohamad Zabidin kerana gagal membekalkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur yang amat penting dalam perbicaraan fitnah II yang dihadapinya.

Anwar juga mendakwa hakim yang mendengar kes liwatnya telah “intimidasi” peguam utamanya, Karpal Singh dalam usaha mereka mahu melucutkan beliau daripada mendengar kesnya.

Dalam afidavit bertulis beserta notis usul mahu hakim Mohamad Zabidin dilucutkan pada 24 November itu, Anwar berkata hakim telah “mengugut” Karpal pada hari sebelumnya apabila peguam tersebut memberikan notis hasrat pembela bagi memfailakan permohonan melucutkan Mohd Zabidin.

Menurut nota perbicaraan kes pada 23 November itu, Karpal telah mendakwa Mohd Zabidin menggunakan ugutan, oleh itu telah intimidasi peguamnya.

Anwar berkata walaupun hakim telah menarik balik kenyataan-kenyataan “hina mahkamah” tetapi bersetuju bahawa “tidak wajar” beliau mengatakan demikian ke atas Karpal, tindakan “intimidasi” itu menunjukkan ada asas bias bahaya yang sebenar, yang akan menghalang Anwar daripada menerima perbicaraan adil.

Anwar juga menekankan permohonan untuk menggugurkan hakim adalah semata-mata bersandarkan pada tindakan Mohd Zabidin dan bukan kerana sebab lain.

Terdahulu di mahkamah, Karpal memaklumkan hakim bahawa notis bersama permohonan Anwar telah difailkan dan perbicaraan tidak boleh diteruskan sehingga Mohd Zabidin mendengar permohonannya.

Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: