Ekspo: Husam cabar Awang Adek kemuka bukti


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang mendakwa sejumlah RM10 juta wang negeri dibelanja bagi kegunaan Ekspo Cheng Ho yang diadakan baru-baru ini.

Husam berharap Awang Adek dapat membuktikan sejumlah wang tersebut dan sekiranya ia tidak dapat dibuktikan beliau akan mengambil tindakan seterusnya.

“Saya hairan macam mana dia dapat angka tersebut dan bagi pihak kerajaan penganjuran ekspo tersebut amat berjaya dan adalah jahil sekiranya beliau mengatakan hanya sebagai pameran sejarah semata-mata dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis Pecah Tanah Dataran Rakyat di Bandar Baru Tunjong yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Konvensyen Kelantatan Trade Centre hari ini.

Beliau juga berkata kedatangan Setiausaha Agung Asean, Dr Surin membuktikan kejayaan Ekspo Cheng Ho dan begitu juga kedatangan pelbagai lapisan pedangan dari negara China dan pendedahan media asing khususnya dari negara China membolehkan Kelantan dikenali ramai dan akan menarik pelabur dari benua tersebut.

Sementara itu, Tuan Guru berharap pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjung dapat menamakan satu jalan dalam bandar tersebut dengan nama ‘Jalan Haji Cheng Ho’ bagi meraikan hubungan baik antara masyarakat Islam Kelantan dan masyarakat Cina Islam dan bukan Islam.

Dataran Rakyat yang berkeluasan 6.591 ekar bagi pembinaan sejumlah 460 unit lot-lot bangunan perniagaan, pihak pemaju turut menyediakan proses pembiayaan skim pembiayaan mudah bagi Bumiputera dalam mendapatkan lot-lot bangunan tersebut.

Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: