Parlimen gantung Anwar atas isu 1Malaysia – 1Israel?



NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau  mengenai tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh akan mengadakan sidang akhbar petang ini bersama Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.Satu kenyataan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat mengesahkan sidang akhbar itu adalah berkaitan keputusan jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Datuk Seri Anwar dari sesi Parlimen akan datang.Sesi Parlimen baru dijadualkan bermula pada 7 Mac 2011.

Sebelum ini desas-desus kuat bertiup bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendedahkan tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis sekian lama.Dalam ucapan di Parlimen, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persama antara 1Malaysia dan 1Israel.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

TVSelangor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: