Anwar Tak Gentar Umno-BN Nak Gantung 6 Bulan Daripada Parlimen


anwar11Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan desas desus yang tersebar bahawa beliau akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau mengnai kaitan kerajaan Malaysia dan syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata usaha penggantungan itu tidak bererti bagi berbanding keperitan dipenjara selama enam tahun serta dipukul sehingga menyebabkan kecederaan tulang belakang sehingga kini.

“Mereka telah penjarakan saya selama enam tahun, jadi apa sangatlah alu digantung selama enam bulan, Saya telah melalui lebih dahsyat daripada ini, mereka pukul saya, bogelkan saya dan kurung saya dalam sel seorang diri, sekarang hendak gantung saya pula? Anwar ketawa ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Oposisi 24 November lalu.

Bagaimanapun Anwar memberitahu sehingga kini beliau tidak diberitahu secara rasmi mengenai ura-ura tindakan yang mahu diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya belum lagi diberitahu walaupun rakan-rakan saya maklum khabar angin yang bertiup. Tidak ada sebarang maklumat mengenainya, tidak ada notis mesyuarat, jadi akag menarik juga melihat bagaimana kerajaan ini berfungsi.

“Ramai nampaknya sudah tahu tapi jawatankuasa belum lagu bermesyuarat, notis pun belum dikeluarkan, jadi selamat datang ke Malaysia,”  Anwar tersenyum sinis.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau dalam Parlimen bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Bagaimana tidak ada sebarang keputusan atau susulan yang dibuat terhadap cadangan tindakan terhadap Anwar sehingga kini.

Anwar pernah berkata sekiranya beliau digantung dari sidang Parlimen ini juga satu rahmat kerana ia akan memberi peluang kepada beliau bertemu rakyat serta menjelajah seluruh negara untuk berkempen dan berceramah bagi pihak Pakatan Rakyat.

Suara Keadilan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: