Bas RapidKL terbakar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban


MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam.

Difahamkan, bas terbabit yang disewa khas untuk membawa penumpang dari Sungai Besi menghala ibu kota tiba-tiba berasap sebelum terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi serta Taman Desa dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Operasi memadamkan kebakaran itu mengambil masa 45 minit.

“Hasil siasatan awal, kebakaran itu berpunca dari arah belakang bas sebelum merebak. Bas itu sempat berhenti di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang ditemui berkata, bas terbabit dipercayai rosak pada enjin apabila melihat kepulan asap dari arah belakang bas sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada pemandu bas.

“Pemandu itu memberhentikan bas di bahu jalan sebelum kami turun. Api mula merebak pada badan bas dan hangus keseluruhannya.
“Pemandu terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berhasil kerana ia marak cepat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.-hmetro

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: