Syarikat gergasi China serta Ekspo Cheng Ho


KOTA BHARU, 22 Nov: New Hope Group, Hua Long Group, Dantong Group antara syarikat gergasi negara China termasuk lebih 200 syarikat kecil dan sederhana negara terbabit yang mengambil bahagian pada Ekspo Cheng Ho dan Fiesta Perdagangan Antarabangsa Kelantan-China.

(Gambar: Tengku Mahkota Kelantan merasmikan Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Kelantan hanya sebuah  negeri yang kecil dan terpinggir kerana halangan tertentu, namun usahawan gergasi China sanggup datang ke Kota Bharu.

“Ianya dilakukan atas  semangat ukhuwah serantau yang tiada sempadan,”ujarnya.

Sambungnya lagi, pelbagai kerjasama dapat dijalinkan melalui program ini  dan ia turut terbuka kepada semua pihak, termasuk swasta dan individu.

Katanya, China kini muncul sebagai kuasa ekonomi yang terus berkembang di samping mempunyai khazanah peradaban lama, lubuk budaya dan kuasa pasaran ekonomi dunia yang besar.

Selain itu katanya, imam, pemimpin Islam, pemimpin kerajaan, ahli budaya, pakar perubatan, pensyarah, penulis, wartawan, pengkaji, penghibur dan ahli masakan tiba untuk menjayakan rasa muhibbah Kelantan China.

Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: