Kia Spectra terbalik dalam gaung di Genting Sempah


Sebuah kereta jenis Kia Spectra tanpa pemandu ditemui terbalik dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat Kuala Lumpur.

Kenderaan itu ditemui pada 3 petang semalam oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan tersebut serta membawa sebuah kereta lain, yang terlibat dalam kemalangan.

Wong Kam Way, 31, bertindak turun untuk melihat kereta tersebut yang terbalik di dalam lumpur sebelum menghubungi pihak polis.

“Ketika itu saya sedang mahu menunda sebuah kereta Proton Satria Neo yang terlibat dalam kemalangan di sini, sebelum terpandang sebuah kereta terbalik dalam gaung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Nik Syahrul Kamal Johari berkata pihaknya mendapat panggilan kira-kira 4 petang, dan sehingga kini masih mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Kita akan cuba mengangkat kereta tersebut menggunakan kren malam ini. Difahamkan suis kunci kereta dalam keadaan ‘mati’ dan kereta tersebut dipercayai terbabas dua hari lepas dan jatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18,” katanya.

Beliau berkata usaha mencari pemandu kenderaan itu masih dijalankan dan melibatkan kira-kira 60 anggota JPAM, Bomba dan Penyelamat Selayang serta polis.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata operasi mencari mangsa sedang dijalankan, termasuk menggunakan anjing pengesan K9.

–Bernama

Advertisements

Satu Respons to “Kia Spectra terbalik dalam gaung di Genting Sempah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: