Kelantan taja 100 pasangan kahwin


KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.

Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.

Harakahdaily

Advertisements

2 Respons to “Kelantan taja 100 pasangan kahwin”

  1. salam… sy nak tanya masih adakah perkahwinan perdana… sy ingin sertainye kerana tidak berkemampun untuk mengumpul wang perkahwinan…

  2. saya ingin tanya untuk perkahwinan perdana 2012 ada tak?macam mana saya mahu tahu keterangan lebih lanjut?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: