Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990


Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah.

Nombor sifar itu diberitahu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Pegawai terbabit dari golongan profesional dari gred N41 hingga N54.

Bagaimanapun menurutnya bilangan kakitangan sokongan dari gred N1 hingga 28 yang terbabit dengan kesalahan rasuah dicatat sebanyak 15 kes.

“Bagi kes jenayah pula hanya mencatat lima kes membabit pegawai profesional negeri sejak 1990 sehingga 2010.

“Manakala bagi kakitangan sokongan pula sebanyak 14 kes bagi kesalahan jenayah,” katanya menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Timbalan Menteri Besar berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diterap kerajaan negeri kepada kakitangan awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, dasar itu berjaya diselami dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan negeri sehingga mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah dan jenayah.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Mustapha (PAS-Demit) katanya, buku panduan dasar Membangun Bersama Islam akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Kita lakukan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.

Harakahdaily

Advertisements

Satu Respons to “Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak 1990”

  1. peribadirasulullah Says:

    Tahniah, buat insan-insan berjiwa mulia. Memang sukar untuk lari dari rasuah di zaman manusia mencintai dunia dan takut kepada mati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: