Harga Toyota Prius turun RM35,100



TOYOTA Prius kini dijual pada harga RM139,900 berbanding harga asal RM175,000.

 

KUALA LUMPUR – UMW Toyota Motor mengurangkan harga atas jalan dengan insurans kereta Toyota Prius di Semenanjung Malaysia kepada RM139,900 berbanding RM175,000 berkuat kuasa semalam.

Harga di Sabah dan Sarawak pula kira-kira RM141,500 berikutan kos logistik yang lebih tinggi.

Presiden UMW Toyota Motor, Kuah Kock Heng berkata, langkah itu adalah selari dengan lanjutan dan peningkatan insentif cukai untuk kereta hibrid berkuat kuasa 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 yang diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.

“Sejak pengumuman itu, kami secara proaktif menyemak semula harga semasa Toyota Prius meskipun tarikh penguatkuasaan itu pada 1 Januari 2011.

“Dengan keputusan itu, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kereta hibrid popular Prius, pada harga mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Advertisements

2 Respons to “Harga Toyota Prius turun RM35,100”

  1. ZAINI BIN MD.JADI Says:

    kereta yang cukup menarik…

  2. ZAINI BIN MD.JADI Says:

    kalau boleh turunkan lagi harga kereta tersebut dibawah rm100k

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: