Adik ipar Blair dapat hidayah ketika kunjungi masjid


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Advertisements

2 Respons to “Adik ipar Blair dapat hidayah ketika kunjungi masjid”

  1. Inilah hikmahnya yang Allah telah jejaskan rumah ku ada nur imam bagi yang memelihara kesuciannya.Setiap insan yang memasukinya akan marasa ketenangan kerna bersama ku.Hanya umnopco saja yang berjuang bermatian membawa pejuangnya agar menghalang dari mendekati masjid malahan terus mengunci dari dimasukinya.Bukan setakat bukan islam tak dibenarkan masuk malahan orang islam sendiri pun tak boleh bersolat dan ustaz ustaz tak dibenarkan buat kuliah.Moga sebarkanlah berita sebegini berterusan agar para penyokong umnopco ni sedar menjauhkan diri dari rumah Allah sama juga merobohkannya.Sebab itu sekali dalam seminggu Jumaat saja pintu pintu hati mereka tak terbuka hijabnya dari Nur Iman,kerana makanan yang mereka makan selepas solat Jumaat adalah bersumberkan hasil rasuah.Yang menghalang dari terbukanya hijab nur iman baginya.

  2. Wahai Allah.. segala pujian hanya untuk-Mu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: