Tengku Fa-iz dimasyhur Tengku Mahkota Kelantan


Dari Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Okt: Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini sah bergelar Tengku Mahkota Kelantan.

Gelaran sebagai pewaris raja itu telah diperkenankan sendiri oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, setelah keputusan mesyuarat berhubung perkara itu diangkat sembah oleh wakil Majlis Perajaan Negeri (MPN), di Istana Telipot, tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Aiseri Alias, dalam sidang medianya berkata, perkara itu (mengangkat sembah nasihat) telah diangkat kepada Sultan Kelantan setelah ianya diputuskan dalam mesyuarat khas MPN di Kota Darulnaim, pagi tadi.

Katanya, mesyuarat yang berlangsung pagi tadi telah memenuhi Perkara 14 dan Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

“Peristiwa hari ini menyentuh dua perkara penting, iaitu Majlis Permasyhuran Pemilih dan Pelantikan Waris dan Majlis Pengurniaan Gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan,” ujarnya.

Sehubungan itu, menurutnya  telah berlaku pemasyhuran perlantikan waris dan majlis pengurniaan gelaran Tengku Mahkota Kelantan tengah hari tadi di Istana Negeri.

“Dengan itu, mulai hari ini Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra  telah bergelar Tengku Mahkota Kelantan,” ujarnya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi MPN Datuk Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibn Almarhum Sultan Ibrahim telah dihadiri oleh 15 orang ahli, tidak termasuk Tengku Muhammad Fa-iz yang tidak mengambil dalam mesyuarat itu.

Hadir sama pada majlis pemasyhuran itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat  kerajaan negeri termasuk Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Ahmad.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: