Datuk Karim Ghani keluar Umno


Dari Malaysiakini

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usna dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Advertisements

3 Respons to “Datuk Karim Ghani keluar Umno”

  1. ITULAH ADAT DUNIA,BILA NAKKKAN JASA DAN PENGORBANAN KITA BUKAN MAIN KITA DIPUJA DAN DIPUJI. APABILA MEREKA DAH RASA SELESA, KITA PULA YANG AKAN DIDISIHKAN OLEH MEREKA. SYABAS DATO’ GHANI KERANA SEDAR AWAL DARI TERUS DIPERMAINKAN OLEH MEREKA YANG TIDAK MENGENANG BUDI ANDA. LEPAS NI DATO’ BOLEH SERTAI MANA-MANA PARTI POLITIK ATAU NGO YANG DATO’ SUKA. INI NEGARA DEMOKRASI, KITA BEBAS MENYERTAI MANA-MANA PERTUBUHAN KERANA IANYA DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

  2. Datuk Karim Ghani berhempas pulas membawa UMNO masuk ke Sabah membuktikan kemampuan beliau membawa perubahan, setelah mereka selesa di sabah, beliau yang telah menabur jasa disisihkan! apa yg beliau dapat?? cuma cenderahati ‘jasa mu dikenang’. berpadanan??? penolakan kepada permohonan Datuk Karim menghidupkan semula USNO ditolak. kenapa?? – kerana mereka tahu kemampuan Datuk Karim membawa perubahan.

  3. Raphael Biun Says:

    “Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah”

    Rakyat Sabah harus menyedari kesilapan masa lalu….Harapan rakyat Sabah setinggi awan di langit biru..ketika UMNO bertapak di Sabah. Janji 100 hari dan bermacam macam lagi untuk membangun Sabah. Tetapi sudah bertahun tahun UMNO mengemudi Kerajaan Sabah tetapi malangnya Sabah masih dalam rengking no 2 termiskin di Malaysia. Skarang Datuk Karim Ghani keluar UMNO….bagaimana anda menilai ini semua?….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: