PAS, Pakatan mesyuarat esok tentukan umum calon


KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

“Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.

“Kita sudah ada senarai pendek tetapi akan ditentukan dalam mesyuarat nantilah,” katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilaporkan berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: