Pegawai kahwin budak 12 tahun


NAJRAN: Hanya beberapa hari selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi mendesak media dan orang ramai bersama-sama menentang perkahwinan kanak-kanak, seorang pegawai yang tugasnya mengesahkan perkahwinan mengaku berkahwin dengan seorang budak perempuan berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, ibunya berang apabila mengetahui dia masih tidak menyentuh gadis berkenaan.
“Ibu saya marah apabila mendapat tahu saya melayani isteri saya seperti adik. “Selepas dua bulan berkahwin, ibu saya mendesak saya supaya meniduri isteri saya. Katanya, tidak ada gadis yang terlalu muda untuk dikahwini,” kata pegawai berkenaan.
Menurutnya, apabila melihat kali pertama isterinya, dia terkejut kerana gadis itu terlalu muda. “Saya mengambil masa yang lama untuk mencari jalan bagi melayaninya sebagai isteri. “Sepanjang tempoh itu, kami tidak melakukan seks. Kami tidur di bilik berasingan. “Saya sering menceritakan kisah Nabi Adam dan Hawa. Dan dia sering bertanya mengapa ibubapanya menyerahkan dia kepada saya,” kata pegawai itu. – Agensi

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: