Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh


MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

“Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu,” cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

“Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu,” beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

“Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera,” beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

“Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,”beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Advertisements

7 Respons to “Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh”

  1. kesian aku dengar mangsa kemalangan tu…

  2. Itulah dia, sikap pemandu..semasa memandu dari arah Kuala Lumpur untuk pulang ke Johor pada Jumaat malam yang lepas di Lebuhraya Utara-Selatan,diperhatikan banyak pemandu bas yang memandu dengan cara melulu dan tergesa-gesa. Jika berlaku kemalangan yang meragut nyawa siapa yang harus dipersalahkan? Sistem brek yang tidak berfungsi? Perlu diingatkan, mereka sedang membawa nyawa manusia.

    Berlainan dengan sikap pemandu lori..mereka walaupun tidak membawa nyawa, tetapi cara pemanduan mereka lebih berhemah dan sentiasa di lorong kiri. Memotong bila perlu dan sentiasa menggunakan signal.

    Pemandu bas…sungguh mengecewakan!

  3. Habib Ahmad Says:

    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Selat, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

  4. Saya pun terperangkap bermula jam 8mlm dari tol Ayer Keroh sehingga tol simpang 4. Bayangkan lebih 1jam setengah untuk 2km sebelum sampai ke simpang 4. Jam memang teruk….ramai yang terpingga-pinga nak ikut jalan mana bila terpaksa menempuh Gadong, Chengkau, Bongek, Rembau…sebelum masuk semula ke highway melalui Tol Pedas. Didoakan semoga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga mangsa yg meninggal dunia.

  5. sering kali ketika pulang ke kampung…saya sering melihat bas2 penumpang yang dipandu laju…ketika meter kereta menunjukkan 100-110km/h…ada bas2 penumpang yang mampu memintas dalam keadaan bagitu laju…berapalah kelajuan bas tersebut?agak2 la…kalau sesuatu berlaku?pasti pemandu tersebut tak mampu melakukan apa2

  6. takziah kepada keluarga mangsa…

  7. insan geram Says:

    hah,lory bas sama je.bwk cm hantu.pntingkan diri,bwk kat lebuhraya mcm cilaka sikit punya laju lagi.x pnh pk kslamatn org len…..mentang2 besau suka2 ati je nk buat jalan raya mcm dia pnye…x pk ke nyawa org len…teruk lah…truk2…pada kluarga mangsa sy ucpkn takziah..al fatihah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: