Serpihan roket jatuh dari langit



PENDUDUK kampung melihat serpihan roket yang jatuh dari langit di sebuah kampung di mukim Suichuan, China baru-baru ini.

BEIJING – Penduduk di sebuah kampung di mukim Suichuan, China terkejut selepas mereka melihat beberapa serpihan logam jatuh dari langit pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya penduduk kampung itu menganggap berlaku gempa bumi pada tengah malam selepas mereka mendengar dua bunyi letupan yang kuat, baru-baru ini.

Namun, selepas bangun pada waktu pagi, mereka melihat beberapa serpihan logam yang dipercayai serpihan sebuah roket China yang dilancarkan ke bulan.

Serpihan logam itu jatuh dari langit setelah roket Long March 3C yang membawa kapal peninjau pesawat ke bulan, Chang’e II berlepas ke angkasa lepas dari sebuah pusat pelancar roket di wilayah Sichuan, China pada malam Jumaat lalu.

Tidak ada seorang pun dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena serpihan itu.

Askar-askar China turut mengalihkan serpihan logam itu untuk dipindahkan ke tempat lain. – Agensi

Advertisements

2 Respons to “Serpihan roket jatuh dari langit”

  1. Beginilah barangan buatan China, roket pun boleh bertaburan di bumi. Di negara ini, yang banyak kaya raya dan meluaskan perniagaan mereka hasil dari barangan ‘low class’ buatan Negara China (ROC) adalah peniaga berbangsa Cina juga. Yang dapat rugi dan malangnya adalah rakyat Malaysia keseluruhannya, kerana dapat barang yang tiada kualiti dengan harga yang tidak berpatutan dan keuntungannya dibolot berlipat kali ganda oleh peniaga berbangsa Cina. Kerajaan yang ada sekarang hanya memikirkan survivor politik mereka sahaja dan menilik keuntungan hasil rasuah projek siang dan malam tanpa memikirkan nasib rakyat yang memilih mereka untuk menjadi pemimpin yang amanah dan berintegriti. Jangan heran kalau negara ini (tak pernah jadi) terjadi gempa bumi atau tsunami yang boleh menimbunkan rumah dan harta mereka seperti busut anai-anai, suatu hari nanti! Kuasa Allah tidak dapat dijangkakan, tunggulah musibahnya, wahai pemimpin yang laknat kepada amanah rakyat.

  2. amirul- betul apa yang anta cakap tu.dari segi makanan dan minuman ringan pun, kebaykan yg dari negara tu mesti je ada problem dan menimbulkan masalah, gula2 susu, susu tepung dan minuman ringan dan herba pun d masukkan lemak kerbau pendek tu…yg jd mangsa org kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: