Sewa rumah Sebulan di Gua Musang mencecah RM10,000 -RM15,000


Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan Bernama mendapatI sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu.

Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.

“Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal,” katanya kepada Bernama di Gua Musang hari ini.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi.
Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.

Seorang peniaga, Norizan Ibrahim, 45, berkata pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik bagi penduduk mencari rezeki kerana terdapat ramai pengunjung luar.

Katanya walaupun sebelum ini terdapat banyak kedai makan di sekitar Gua Musang tetapi kemungkinan ia tidak mencukupi semasa kempen nanti disebabkan oleh kedatangan ramai pengunjung luar.

“Ini adalah peluang rezeki kepada kami,” katanya.

– Bernama

Advertisements

4 Respons to “Sewa rumah Sebulan di Gua Musang mencecah RM10,000 -RM15,000”

  1. cikgu pencen Says:

    Tapi awas, kalau tak nak rugi, minta bayar tunai. Tak kiralah siapa yang nak menyewa.

  2. tak apa naikan sewa…..bantai cukup2 duit org2 BN ni wahai org galas

  3. Salam…tu kira ciput je bang,puak2 tu bawak duit ribu2 dalam briefcase selamba je….bila lagi nak merasa duit BN,time ni la…serpih dari royalti minyak kot?!!!!!

  4. terima kasih bro,tak lama lagi tempat aku d merlimau nak ada pilhanraya.dia org dah mula cari rumah.aku akan bantai harga gila2 sbb dah ada yang tanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: