Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti


Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN, dipercayai terbabit dalam mengganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

“Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

“Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.

Malaysiakini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: