Kumpulan curi kereta ”Al-Fatah” tumpas


KOTA BHARU — Polis Kelantan telah menumpaskan kumpulan dikenali “Al Fatah” yang terlibat jenayah curi kenderaan di Kelantan berikutan penahanan 12 anggotanya dalam satu operasi selama dua minggu berakhir semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata kesemua lelaki berumur antara 21 dan 36 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan curi kenderaan di Kelantan dan Terengganu dan diberkas secara berasingan dalam Operasi Lejang.

“Mereka mencuri dan mengubah nombor casis enjin kenderaan sebelum menjual kenderaan itu kepada umum,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam operasi itu sebanyak 13 kereta dan dua buah motosikal telah dirampas.

Mazlan berkata mereka yang diberkas itu memiliki rekod curi kenderaan.

Katanya polis masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam kumpulabn itu. — Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: