Harimau betina masuk perangkap



SEEKOR harimau betina berjaya ditangkap oleh Jabatan Perhilitan selepas menerima aduan mengenai kehilangan seekor lembu di Ulu Geroh, Gopeng semalam.

GOPENG – Selepas ‘tertumpasnya’ seekor harimau belang betina di Hutan Simpan Bukit Kinta dekat sini pertengahan Mei lalu, seekor lagi haiwan spesies berkenaan berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.

Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff berkata, harimau belang betina seberat 120 kilogram itu dipercayai tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan di salah satu perangkap yang dipasang di ladang kelapa sawit milik Orang Asli, Ulu Geroh kira-kira 50 kilometer dari sini.

Katanya, tindakan memasang perangkap itu dilakukan selepas Perhilitan menerima aduan penduduk kampung berdekatan yang mendakwa ternakan mereka termasuk lembu hilang dibaham binatang buas.

“Pada pukul 7 pagi hari ini (semalam), kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai seekor harimau telah memasuki perangkap yang dipasang dan sepasukan pegawai dihantar sejurus kemudian.

“Siasatan awal mendapati harimau berkenaan yang berusia empat hingga lima tahun itu mengalami sedikit luka kecil pada bahagian muka, dipercayai terkena perangkap tersebut,” katanya.

Advertisements

Satu Respons to “Harimau betina masuk perangkap”

  1. muaz ishak Says:

    saya berharap dapat menjadi sukarelawan memantau jumlah harimau di hutan malaysia kita..memandangkan jumlahnya hampir pupus…dan tolonglah sama2 hulur bantuan dana mycat dan WWF yang giat membantu biakkan harimau di negara kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: