Mike Tyson Menunaikan Solat Tarawih Di Masjidil Haram


Mike Tyson alias Malik Abdul Aziz kembali menghangatkan dunia Islam. Kali ini bukan kerana pukulannya menumbangkan lawannya di gelanggang tinju heavyweight dunia, tapi adalah berkat kecenderungannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sejak awal Julai 2010 lalu, Tyson sudah berada di Arab Saudi untuk membuat umrah dan berziarah ke beberapa kota di Timur Tengah.

Ramadan tahun ini, Tyson melaksanakan puasa dan tarawih di Mekah Almukaramah. Bahkan ia kelihatan solat berjemaah di belakang imam besar Masjidil Haram sebagaimana dirakamkan kamera.

Mike mengenakan baju berwarna coklat dan kopiah putih dengan rambut pendek dicukur. Ia kelihatan menundukkan kepala melihat ke tempat sujud ketika bersolat di belakang imam besar.

Bekas peninju ini melakukan umrah di Mekah, 4 Julai 2010. Sebelum Ramadan, Tyson juga bersimpuh di Masjid Nabawi di Madinah sehingga menangis tersedu.

Semasa melakukan umrah Ramadan ini, Mike Tyson juga memanfaatkan waktu untuk berunding dengan para imam di Makkah ataupun Madinah.

Foto menunjukkan, Mike Tyson sedang duduk bersama para syeikh dalam suatu dialog. Pelbagai kegiatan ketika dia mengerjakan umrah dan solat tarawih di Makkah tidak terdedah di dalam media.

Ketika di Madinah Tyson turut berulangkali melakukan ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW di masjid Nabawi. Tyson turut menangis tersedu semasa solat zuhur.

“Saya menitikkan air mata kerana sedar bahawa saya berada di salah satu taman di syurga (raudhatul jannah),” ujar Tyson seperti dikutip media tempatan Arab.

Walaupun sekadar mengerjakan umrah, Tyson tetap mendapatkan kawalan khusus sehingga ia dapat menjalankan ibadah dengan tenang. Selain ke Madinah dan melaksanakan umrah di Masjidil Haram di Makkah, Tyson juga mengunjungi beberapa kota lainnya di Saudi.

Bulan lalu, ketika pertama kali datang ke kota suci itu, Tyson terus menuju ke Madinah untuk solat di Masjid Nabawi. Ketika di Madinah, ia bertemu dengan Dr Muhammad Al-Uqala, Rektor Universiti Islam, yang menjelaskan kepadanya tentang fasiliti apa saja yang diberikan universiti kepada para mahasiswa yang datang dari seluruh dunia.

Tyson juga mengunjungi Jeddah, Abha, dan Riyadh di Arab Saudi. Perjalanan Tyson ini diatur oleh Canadian Dawa Association (CDA), sebuah asosiasi yang sering mengatur perjalanan para mualaf selebriti untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah Islam di Arab Saudi.

Shazad Muhammad, Presiden CDA, turut ikut serta menyambut kedatangan Tyson di Madinah.

Pulak Dah

About these ads

Satu Respons to “Mike Tyson Menunaikan Solat Tarawih Di Masjidil Haram”

  1. Al muttadin Says:

    syukur kepada Allah ,Allah yang memilih siapa yang dikehendakkinya,Maha suci Allah Tuhan yg mentadbirkan sekelian Alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers

%d bloggers like this: