Achik Spin maut nahas ngeri


image

Terkini! Diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Toyota Estima terbabas dan melanggar sign board lebuhraya

Toyota Estima terbabas dan melanggar sign board lebuhraya

Al-Fatihah buat beliau..Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Keluarga Allahyarham Achik Spin,berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban

Keluarga Allahyarham Achik Spin,berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

20 Respons to “Achik Spin maut nahas ngeri”

  1. inalilahiwainailahirajiun

  2. inalilahiwainailahirajiun

    semakin ramai yg menemuiNYA kebelakangan ini….

  3. simpati pd nasib anak dan isteri arwah…kehilangan berganda bg isteri arwah..dulu kehilangan anak sulung…dpt pengganti anak yg skrg…ni kehilangan suami tercinta pulak..harap isteri arwah dpt menghadapi dgn tabah…Al-Fatihah~

  4. takziah pd keluarga arwah. bersabar lah atas ujian yg diberikan. kita hanya merancang namun Allah jua yg menentukan. Al-fatihah

  5. slm. thanks for the info.

    takziah..
    al-Fatihah ntuk arwah..

    teruk jgk letupan itu..

    :((

  6. salam takziah dari saya.. semoga arwah di cucura rahmat. al-fatihah

  7. takziah dari saya untuk keluaga arwah achik… semoga arwah di cucuri rahmat al-fatihah

  8. Suke dgr arwah achik pnye suara..alfatihah

  9. inalilahwainalilahrajiun…….

    satu kehilangan yang amat besar pada keluarga serta industry hiburan tanahair…….

    takziah buat keluarga allahyarham….

    semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh….

  10. aku xminat pun kt arwah ni
    tp sbg manusia simpati la atas ape yg brlaku
    pas sorg,sorg laie kan
    kte kne lihat la hakikat kite hidup ni
    sme2la doakan kesejahteraan arwah
    al-fatihah

  11. arwah tersepit dlm keta ke??
    nkn tercampak keluar keta ke???
    ~alfatihah to him..

  12. kartunis binjai Says:

    takziah..moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org org yg mulis..amin…moga keluarga bersabar menempuh ujian allah..

  13. takziah dari sy kedapa keluarga arwah achik spin..
    kita bserah kepada allah s.w.t..
    mgkin allah syg kn dy..

  14. Siti aishah Says:

    takziah buat keluarga achik spin……smoga tabah menghadapi dugaan dan takdir ini…….

  15. al-fatihah.. sedih jgk dgr brita ni.. Tapi, semua ketentuanNYA..
    Buat kluarga arwah, byk2 kan bersabar.. smoga arwah d tempatkan dikalangan org2 yg beriman.. AMIN..

  16. al-fatihah……semoga rohnya dicucuri rahmat……

  17. smoga arwah dtmpatkn d klgan org yg briman…al-fatihah

  18. semoga roh beliau d tmptkn org2 berimana min

  19. ajal kita cuma Allah saja yg tau..jd sama2la kita renungkn

  20. al fatihah buat achik spin.saya adalah salah seorang peminat achik dan pernah berkawan dgn nya.achik seorang yg sangat kelakar dan baik x sombong.saya amat sedih dan tidak percaya kehilangan dia.mungkin begini perasaan isteri dia yg sedih tanpa achik..segala kenangan saya akan ingat gambar bersama achik saya simpan.setiap minggu jika ada masa saya akan dengar lagu2 achik sebagai pengubat rindu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: