ALLAH SAYANGKAN SAYA


TUHAN SAYANGKAN SAYA…Saya masih ingat dengan jelas peristiwa yang berlaku pada penghujung tahun lepas. Waktu tu saya seolah-olah menghuni kat sebuah planet yang suram, sunyi dan kosong.Yang tinggal cuma saya dan musuh saya sejak saya kecil lagi iaitu KEGELAPAN.Sudah puas saya pujuk diri saya agar keluar dari dunia yang penuh dengan kesamaran itu.

Tetapi saya tetap gagal..!!!! Saya terbawa-bawa dengan emosi saya.Saya marah dengan takdir yang menimpa saya,saya pernah terfikir untuk lena selama-lamanya kerana saya nak lari dari sebuah hakikat yang menyeksa kehidupan saya.. Semuanya berpunca selepas saya gagal untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan STPM.

Selepas saje habis exam, saya menangis tanpa henti.Saya betul-betul kecewa bila saya sedar masa depan saya dah kelam. Cita-cita, impian, dan perancangan untuk masa depan saya dah musnah sama sekali.Saya tak akan sedih atas kegagalan saya kalau saya seorang yang malas belajar atau tak serius dengan pelajaran.

Saya juga tak akan bersedih jika diri saya sendiri merupakan penyebab kegagalan saya semasa exam dulu.Tapi, saya seorang yang serius belajar sebab saya nak sangat menjejakkan kaki kat universiti. Pada mulanya saya salahkan diri saya atas apa yang berlaku.Lama-kelamaan saya sedar satu benda.

Saya bergelut dengan emosi dalam dewan peperiksaan kerana seorang lelaki yanq bergelar AYAH. Bukan saya sengaja untuk mengaibkan sesiapa.Sejak kecil lagi saya dibesarkan dengan cacian, makian dan tengkingan. Saya tak pernah diajar untuk menjadi seorang yang solehah. Walaupun ayah saya merupakan seorang yang berkelulusan dari sekolah pondok, namun saya tak pernah tengok dia brpuasa, solat atau melakukan kebaikan.Bayangkan ayah saya berumur hampir 70 tahun.

Namun, sinar keinsafan tak pernah wujud dalam hidupnya. Saya masih bertahan kerana saya memiliki seorang ibu yang terlalu baik, penyabar, dan tabah. Saya mampu terus hidup kerana ibu saya..Saya penah tanya ibu saya sebab utama ibu masih bertahan dengan sikap ayah saya. Alasan ibu cuma satu.

Saya masih ingat dengan jelas jawapan ibu.Kata ibu,

` Allah nak uji keimanan ma melalui seorang suami yang macam ayah. Ma yakin Allah takkan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu di tanggung oleh mereka. Ma akan terus berdoa agar Allah bukakan pintu hati ayah. ’

Masyaallah.. Ibu saya terlalu baik. Walaupun ayah selalu menyakiti ibu dengan tuduhan-tuduhan yang teruk, ibu saya masih mendoakan dia.. Tapi, saya bukanlah seperti ibu yang sangat sabar dan pemaaf. Makin hari dendam saya pada ayah makin menebal. Saya bencikan dia sepenuh hati saya. Dah terlalu lama saya bersabar dengan sikap ayah. Saya dah penat menangis kerana sikap dia.. Dah terlalu lama… Saya dah penat..

Berbalik pada peristiwa semasa saya sedang sibuk untuk exam, ayah saya telah bergaduh dengan ibu saya sehari sebelum saya exam.Saya masih ingat segala kata-kata kesat yang dia lemparkan pada ibu saya. Waktu tu saya benar-benar tertekan. Tiba_tiba semua tangisan ibu dan tempikan ayah mula ternyiang-nyiang di telinga saya. Sampailah keesokan harinya, saya masih mendengar suara-suara tu. Saya cuba kawal diri saya agar saya tak menangis dan rebah di dalam dewan peperiksaan.

Akhirnya, saya sendiri tak tahu apa yang saya jawab semasa exam. Situasi itu berlangsung hinggalah hari terakhir saya exam. Lepas exam saya cuma terperuk di dalam bilik dan menangis. Saya sedar result saya akan teruk.Usaha saya sejak dari lower 6 dah musnah. Saya benci ayah!!!!

Saya bunuh perasaan sayang saya pada setiap orang kerana saya tak mau menangis lagi. Saya tak mau menangis lagi!!!!!! Saya sedar, perasaan kasih sayang akan melemahkan saya. Buktinya, tangisan ibu buat saya turut menangis dan menderita. Saya nak lari dari sebuah hakikat. Saya marah kerana darah lelaki itu mengalir dalam badan saya.

Saban hari persolan yang sama menerjah dalam kotak fikiran saya.. Kenapa semua ni menimpa saya?? Kenapa ayah saya tak macam ayah orang lain?? Kenapa terlalu banyak masalah menimpa saya?? Apa dosa saya?? Saya sendiri tak ada jawapan untuk setiap persoalan tu. Akhirnya, soalan-soalan itu terbiar tanpa jawapan. Suatu hari ibu saya berbicara dengan saya.

Macam-macam nasihat ibu bagi pada saya. Kata ibu, saya tak boleh membenci ayah kerana saya wujud kat dunia ni pun kerana dia.Kemudian ibu bagitau saya satu rahsia. Ibu cakap walaupun ayah selalu menyakiti diri ibu, tapi ibu tetap berterima kasih kat ayah sebab tanpa ayah, ibu tak akan miliki anak perempun yang hebat seperti saya. Saya adalah kekuatan ibu. Nama saya jugak ibu yang pilihkan sebab ibu mahukan KETENANGAN bertunas dalam diri family kami.

Ibu juga bagitau saya hari-hari ibu berdoa pada Allah agar saya dapat result yang baik dalam STPM.Time tu saya mula menangis sebab saya dah putus asa nak berdoa. Saya takut saya gagal. Namun Ibu tidak putus-putus meyakinkan saya agar bersemangat dengan hidup ni. Yang penting, ibu nak saya keluar dari KEGELAPAN yang melingkari hidup saya.

Ibu tak sanggup tengok saya terus berperang dengan emosi saya,saat itu saya cuma membisu tanpa suara. Alhamdulillah, selang seminggu saya mula redha dengan ujian Allah ni. Saya mula meluahkan segala penderitaan saya melalui tulisan. Saya tak mahu terus memendamkan segala kesakitan dan penderitaan yang wujud sejak saya kecil lagi. Perasaan-perasaan negatif ni akan melemahkan saya.

Saya menyesal kerana pernah terfikir untuk mati..Saya betul-betul menyesal. Saya mula dekatkan diri dengan Allah.Saya mengadu dan merintih hanya pada Dia. Harapan saya cuma satu. Saya nak jadi seorang wanita yang kuat dan tabah macam ibu!!!! Lepas result STPM di umumkan, saya mula yakin pada kuasa Allah swt. Rupa-rupanya Allah memang sayangkan saya.

Allah telah memakbulkan doa ibu saya.Selama nie Allah kirimkan pelbagai ujian pada saya kerana Allah peduli akan saya..Saya sendiri tak percaya saya dapat result yang cemerlang dalam STPM dan menjadi pelajar terbaik di sekolah. Bila ibu tau, ibu cuma tersenyum. Terima kasih ma,saya sayang ma sangat-sangat.

Sejak itu saya teruskan menulis sebagai terapi. Saya sedar sikap memendamkan perasaan akan melemparkan kita ke arah kegelapan. Saya juga dalam proses untuk mengikis dendam-dendam yang wujud pada ayah.

Saya perlukan masa untuk memaafkan ayah. Walaupun ayah masih tak berubah, saya akan bersama-sama ibu untuk terus memohon agar Allah bukakan pintu hati ayah.Saya jugak lebih mendekatkan diri pada Allah. Allah kirimkan kasih sayang-Nya pada saya kerana Dia sayangkan saya. Insyaallah, saya tak akan mengsia-siakan nikmat ni..

Advertisements

3 Respons to “ALLAH SAYANGKAN SAYA”

  1. sangat suke cerita ni~menginsafkan~~bukalah hati untuk saling memaafi~~kerana ape pon yang terjadi pada diri kita, Allah akan sentiaser bersama kita~~selangkah kite dekat padaNya~seribu langkah Dia dekat pada kite~insyaAllah~~

  2. amrina rasyada Says:

    MASYAALLAH, anda melalui liku perjalanan yang sungguh mendebarkan dan amat menyiksakan. Memang benar Allah sayang akan anda. Allah sayang akan kita semua….termasuk saya. Kita sahaja yang buruk sangka…

  3. Nasihah Says:

    Saya juga menulis untuk menenangkan hati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: