Layar Keinsafan


arabic7

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis Keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Click For Download

(YaAllah YangMaha Pemurah lagi MahaPenyayang,Permudahkan Segala urusan hambamu ini YaAllah,Bagilah Petunjuk dan Hidayahmu YaAllah dan  Perkenangkanlah Doa Hambamu ini YaAllah Lancarkanlah Segala urusan hambamu ini seperti yang diharapkan dan sentiasa berada dalam keadaan redha mu YaAllah.Amin)

~DOA~

Wahai Tuhanku,
hambaMu  memohon pertolongan denganMU dan hambaMu  menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untuknya kesukaran pekerjaannya dan mudahkanlah untuknya kesukaran perjalanannya dan rezekikanlah dia kebajikan lebih banyak dari yang hambaMu minta dan palingkanlah daripadanya segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadanya, dan mudahkanlah urusannya. Wahai Tuhanku, bahwasanya hambaMu memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu dirinya, agamanya, ahlinya dan kerabat-kerabatnya dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadanya dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mahu pun mengenai dunia, peliharakanlah dirinya dan kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.

 

hambaMu akui kesucian Mu wahai Tuhanku. Pemberian hormat mereka didalam syurga, ialah ucapan salam dan akhir doa mereka dalam surga ialah: Alhamdullillahi rabbil ‘alamin. Mudah mudah Allah memberi kesejahteraan.Amin!!!

ALIFF AFNAN

Chat On NTVirus link is:

Advertisements

33 Respons to “Layar Keinsafan”

  1. Salam alif,
    lama xdgr cite, bz ke da start praktikal da
    akak baru je dpt tengok2 blog alif coz sblm
    ni bz sgt x sempat n lagipn intrnet baru je
    dpt pas sebln problem.
    Terima kasih lagu dan doa ini, akn terus
    mengingatkan akak bila terus muhasabah
    diri di kala senja menghampiri malam dan
    juga di waktu malam hari tentang hidup,
    rezeki, jodoh, usia dan mati akak nanti.
    Doakan akak dapat rezeki dan jodoh yg
    baik yee…

    Ok…semoga sejahtera dan berjaya dunia
    akhirat buat alif…

    • Wsalam akk,
      Akk sihat? Dah akk menyepi mcm ner nak dgr cter
      Thanks yer akk xlupa web alif ni
      aliff harap lepas nie akk dapat la apa yg akk inginkan yer
      tiap manusia lain-lain ujiannya akk bersabar ye..
      Terima Kasih Akk…

  2. peera@dinda Says:

    slm perkenalan alif,,
    slmt berjuang ye,,
    semoge kite sentiase berada di bawah rahmatNYA,,
    AMIN,,,

  3. ya Allah,pnuhkn idupnya dgn amalan dn muliakn dia dgn dtrima smua pmintaan..wahai tuhan yg xdsibuk kn oleh pmintaan org meminta..dn beriknlah dia rziki brupa kasih syg kpd anak2 yatim,pmberi mknan ,pnyebar salam,dn bgail dgn mulia dgn kmuliaan mu..amin..!

  4. salam.salam perkenalan bt abg alif.sya baru shaja melayari blog abg alif.saya amat tertarik dengan blog abg alif yang penuh dgn pengajaran & nasihat..sya harap abg alif meneruskan usaha murni ini..thanks..

  5. Assalamualaikummm

    x nak komen apa².
    tp nak mp³ lagu ni.

    buleh?

  6. Salam ziarah..blog yang menarik..truskan perjuangan. =)

  7. Assalamualaikum..salam ukwah..Doa yang bagus..buleh saya copy n letak di blog saya??

  8. Assalamualaikum..salam ukwah..Doa yang bagus..boleh saya copy and letak di dalam blog saya??

  9. Alhamdulillah..terima kasih..teruskan perjuangan untuk menegakkan agama Allah..

  10. terima kasih sudi melawat tongkangbocor. salam kenal. insyaallah akan link blog anda ke blog saya…
    http://tongkangbocor.wordpress.com/

    p/s : suka berkawan dgn abg fadzli UNIC, hehehe…baik la dia tu…dh mcm abg sndri, hehehe…

  11. ummihurairah Says:

    salam alif..
    ummi sangat tertarik ngan blog alif..smoga sesiape shj yg mlawat blog ni dpt manfaat dan pengajaran yg sebaiknya spt mna sya dpt hari ni…

  12. Tahniah maklumat bermanfaat dalam blog ini…..

  13. ntah la…tetiba sy cam tertarik nak layari web ni…sbb sy rasa sy banyak kekurangan dlm hidup ni…mungkin dgn web ni akan dpt memberikan info yg lbh byk lg tentang kehidupan pada diri sy…thanx sgt2222…

  14. korang cakap pasal pe ni????????? Bende Ni Tempat Korang ChAT 2 Balas Komen KER ?? LOL !!

  15. slm singgah alif afnan…letakla cbox kat blog ni..jd senang nk tinggal pesan… 😉

  16. thx bertandang..blog yg bgs..
    🙂

  17. LA DoLCe faRA Says:

    saLaM aL!F..MM bLOg y mNarik..Sjuk rs HAt! bLE Tgk bLOG N!…Bleh X Kte nK CopY? =)

  18. jejakaidaman Says:

    Salam Alif,
    W/pun sy dah lama tak komen apa yg Alif tulis, tp sy slalu & sering malah setiap hari masuk blog nie. Tahniah and go onnnnnnn

  19. slm ziarah…
    nice blog~

  20. salam kenal !
    semoga sentias berusaha menegakkan agama.
    insyaALLAH

  21. teruskan perjuangan mu menegakkan agama Allah.. secara tak lansung perjuangan mu dapat membantu ramai saudara seagama kita di luar sana.. apa pun, thanks coz banyak info berguna yang admin ketengahkan terutamanya yang berkaitan dengan agama.. nice blog

  22. Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita bertukar link? Buat MOU, OK? Thanks.

    Zuki
    (zukidin.blogspot.com)

  23. Salam,

    Saya dah link blog sdr. Sila tengok widget ‘hot blogs’ di blog saya. Pohon link blog saya di bawah ‘laman pilihan’ blog sdra. Salam Raya Haji.

  24. Salam perjuangan juga..
    Blog yang menarik!!

  25. best1of4's blog Says:

    Asalamualaikum dan salam perjuangan…

    Pihak best1of4’s blog mengucapkan Selamat menyambut tahun baru 2010, diharapkan kita dapat bersama memeriahkan lagi dunia blogger, selamat maju jaya & success selalu.

    Salam hormat dan jumpa lagi.

  26. Assalamualaikum…..saya tertarik dengan blog ini yang banyak memberi manafaat kepada pengunjung. Disini saya ingin membuat tukaran link dengan ntvirus dan juga ingin mohon izin untuk copy artikel dari blog ntvirus untuk diletakkan di blog saya http://mran3238.wordpress.com.

    salam persahabatan…wassalam

  27. salam perkenalan..tertarik tengok header…ngee…love tok guru jgk

  28. Habib Ahmad Says:

    Jadual Majlis-majlis Haul Imam Al Haddad 2010Majlis2 Haul 2010
    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

    Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: 1431h, akad, Ampang, ceramah haul, dakwah, habib Hasan, Habib Umar, Habib Umar Bin Hafiz, Habib Zein, Hari majlis haul 2010, haul 1431h, haul 2010, Imam al haddad, Jalan Damai, jalan hang tuah, kasih, majlis haul, Majlis Haul Imam Al Haddad, Majlis Ilmu, MASJID AL-FALAH, Masjid Baitul Aman, masjid bukhary, qasidah, sambutan

  29. assalammualaikum…..
    alhamdulillah syukur pada ilahi…
    tenang bila mmbaca….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: