Hak Melayu Siapa yang Gadai?


Ramai pengunjung mengirim SMS dan emel yang musykil dengan kebisuan saya berdepan dengan kecaman keras YB Karpal. Saudara Karpal adalah sahabat dan peguam handal yang begitu prihatin dengan kesengsaraan kami akibat kezaliman penguasa UMNO-BN.

Maka saya memilih berdiam dulu kerana sebarang keputusan isu dasar yang diumumkan adalah muafakat bersama dalam rangka Pakatan Rakyat, satelah ada pertemuan di antara pimpinan KeADILan, PAS dan DAP. Saya juga sedar bahawa kenyataan saudara Karpal sengaja dibesarkan oleh media UMNO-BN khususnya Utusan dan TV3.

Sekonyong-konyong beliau menjadi tokoh besar semata-mata kerana menegur saya. Keesokannya pula, lantaran Pemuda UMNO muncul menjerit slogan “Raja”, “Hidup Melayu” dan “pengkhianat”, maka sosok saudara Karpal kembali sebagai anti raja dan pengkhianat!

Memang benar saya tidak bersetuju dengan cadangan menyaman Sultan walaupun cenderung menyokong tindakan menyaman kerajaan baru Perak yang tidak sah; tetapi ugutan Pemuda UMNO termasuk menggunakan ISA dan tekanan polis adalah keterlaluan.

Hak dan kebebasan beliau menyuarakan pandangan harus dihormati. Mengapa UMNO pura-pura jahil dengan telatah melampau puak mereka menghina Sultan Terengganu, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan sebelum itu meminda Perlembagaan menghakis kuasa Raja dan akhirnya meluputkan kekebalan Raja?

Lagi-lagi slogan Melayu, Melayu!

Alahai, bukit, pulau, empangan, balak, tanah, kontrak, saham kesemuannya bernilai ratusan bilion ringgit dirompak dan digadai oleh siapa?

ANWAR IBRAHIM

sumber http://anwaribrahimblog.com/2009/02/13/lagi-lagi-slogan-melayu-hak-melayu-siapa-yang-gadai/

Satu Respons to “Hak Melayu Siapa yang Gadai?”

  1. zaini othman Says:

    Gadai hak melayu???
    mestilah UMNO dan kuncu2nya……..

Tinggalkan komen