Wan Maisara Amirah


Assalamualaikum…

sara azizDari pagi saya terpaku melayari blog seorang gadis manis yang bernama Wan Maisara Amirah atau Sara saya terjumpa blognya secara tidak sengaja sewaktu melayari blog.saya kagum melihat hasil seninya sebagai seorang pelajar senibina di Australia dan sebagai seorang pecinta dunia fotografi

namun saya  ‘pelik’ mengapa dia begitu meminati sukan lumba basikal dan juara Tour de France, Lance Armstrong sedangkan dia sendiri bukanlah seorang atlit lumba basikal
bagi saya ia adalah sesuatu yang unik kerana jarang remaja wanita seperti Sara meminati sukan tersebut rupa-rupanya ada kisah sedih di balik semua itu. Sara menghidap kanser sejak sekian lama dan minatnya terhadap sukan itu lahir bila melihat kekentalan Armstrong melawan penyakit yang sama.

Lebih menghibakan apabila saya mendapat tahu rupa-rupanya Sara sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira sebulan lepas. Melayari blognya membuatkan saya ‘lupa’ yang dia telah pun kembali lebih awal kepada Penciptanya.Ini juga membuat saya terfikir macam mana suatu hari nanti web saya sekirannya saya dah tiada lagi,adakah ia masih dikunjungi pelayar? atau pun akan terus dilupakan. Saya juga bukan temannya,@ saudaranya, saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi ketabahan arwah menghadapi kesakitan dan kekentalannya mengharungi kehidupan sangat mengagumkan saya. Seperti mana kekaguman Sara pada Armstrong, jaguh lumba basikal kesayangannya itu.

* Arwah Sara has passed away on 19th October 9.15pm after fought with lung cancer

Al-Fatihah buat  Wan Maisara Amirah Wan Aziz @ Sara.

Pengunjung Blog boleh melayari blog arwah  di http://saraziz.blogspot.com dan http://www.xanga.com/maisara @ http://maisara.deviantart.com/ @  http://www.flickr.com/photos/saraziz

ALIFF AFNAN

12 Respons to “Wan Maisara Amirah”

  1. Al-Fatihah…
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi

  2. dariNya kita dtg, kpdNya kita kembali.Semoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman…

  3. Saya suka melihat wjah arwah yang cantik.. klu bleh mahu menyunting dia sebagai isteri saya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan bersama dengan roh orang-orang yang soleh.

  4. Al-fatihah buat si arwah…

  5. Mohd Fikri bin Razali Says:

    Al-Fatihah buat arwah…

  6. muke die sweet…
    tp mase tgk gambar2 die yg lain kat blog pun..nmpk cam pucat sikit…

    Al-Fatihah utk arwah…=)

  7. SeraNisa Says:

    Al-Fatihah buat arwah…
    She is the best cousin I’ve ever had…
    Terima kasih yang tak terhingga kepada ALIFF AFNAN..

  8. MAMA…..Nape mama harus tinggalkan bb…….nape mama….
    kini setelah mama tiada bb sebatang kara…..dan tak tau nak buat apa…..
    dulu klu mama ada ,mama selalu tmn bb pergi stdium…..
    skrg sepi hati bb
    mama bb rindu mama……apa nak allah lebih sayangkan mama,,
    dari bb hatimu aiman sempoi..
    AL-FATIHA….

  9. SEMOGA ROH MAMA DICUCURI RAHMAT………..
    AL-FATIHA……….UNTUK MAMAKU……
    DARI SYANGMU…….
    AIMAN SEMPOI………………….
    KPD:WAN MAISARA AMIRA WAN AZIZ……………….
    AL-FATIHA…………………………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: