Biarkan ia pergi ~Buat seseorang~


 

Sejarah  yang dulu
Tak mungkin berulang kembali
Bukan maksud ku membiar dirimu
Dalam penantian cinta tanpa noktahnya

Dulu pernah kau bertanya
Bagaimana kesudahannya
Biarpun terluka melafaz kata-kata
Namun ku terpaksa oh…

Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan

Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu oh…
Walau segunung rindu
Terbuku di hatimu

Tak mungkin kembali
Cinta yang telah pergi
Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu oh…

Mungkin bukan di sini hatimu
Yang cuba untuk menyata kekurangan
Kerna kusedari
Terlalu mudahnya lupa
Pada janji-janji oh…

 

 

Zaman Biarkan ia pergi

8 Respons kepada “Biarkan ia pergi ~Buat seseorang~”

  1. lepasknlah ku pergi supaya kau bhgia bsama org g kau cintai..

    ‘Tak mungkin kembali
    Cinta yang telah pergi
    Lupa saja diriku
    Seperti biasa kau lakukan dulu’

    *berdoala supaya Tuhan mempertemukan jodoh yg kau inginkn
    aku bukan sesiapa padamu…
    semoga kau bhgia disampingnya…

  2. kadangkala kita terpaksa lepaskan org yg kita sayang disebabkan org tu tak penah tunjukkan rasa sayang die pada diri kita….umpama kita yang menyayangi tapi tidak disayangi…kita bukan sengaja lupa pada janji tapi kita terpaksa malupakannya..

  3. tp yang paling perit bile kite tau org tu xprnah menyayangi kite dan sebaliknya bermain kayu tiga….terpakse melepasknnye supaya die bhgia dgn org yg dia cintai…
    ingatlah..
    cinta tidak berdemdam..
    cma biarkn ia pergi untuk orang yg ia syg..
    dan berharap ia tidak mengulangi perkara yg sama pd or yg ia syg.
    =)

  4. Cintailah Allah itu yang utama dan pasti takkn mengecewakan

  5. (Nota diri untuk dikongsi bersama)

    4 punca hati tidak tenteram:

    – hati adalah alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman

    – Allah jadikan hati itu hidup dan berfungsi

    – Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, tanya pada hati apa sebabnya

    – Ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal digunakan untuk merungkaikan penyebab kesedihan dan akhirnya 4 jawapan punca iaitu Kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan.

    Punca:

    – suka buang masa – hiburan berlebihan

    solution :

    – bahagikan masa kepada 3

    * Masa untuk Allah
    * Masa untuk diri – fikiran, perasaan dan tubuh badan
    * Masa untuk keluarga dan umat

    Sedih berpunca dr sifat dengki / nafsu

    Ubat kesedihan ialah lihat siapa di bawah anda (orang yang susah dari anda…orang sakit, orang di palestine yang ditindas, orang susah dan lain2)

    Sebab sedih juga adalah kerana melupakan Allah

    * Orang yang lupakan Allah cirinya : tak solat, lupa zikir, hari tanpa ibadat, tak baca Quran, menjauhi ilmu dan tinggalkan amalan soleh.

    KEKAYAAN SEBENARNYA IALAH KAYA HATI

    HATI SENTIASA BERGEMBIRA KERANA IMAN KEPADA ALLAH, BERSYUKUR DAN REDHA DENGAN QADA DAN QADARNYA.

    sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama.

  6. Kasih sayang kalau kita curahkan pada wanita cantik kita akan ditinggalkan nanti
    Kasih sayang kalau kita curahkan pada harta kekayaan dunia suatu hati nanti
    akan tinggalkan
    Kasih sayang kalau kita curahkan pada kerjaya kita nama kita akan dikenang sampai bila-bila
    tetapi kasih sayang yang sejati adalah kekasih awal dan akhir

  7. Kasih sayang kalau kita curahkan pada wanita cantik kita akan ditinggalkan nanti
    Kasih sayang kalau kita curahkan pada harta kekayaan dunia suatu hati nanti
    kita akan tinggalkannya,
    Kasih sayang kalau kita curahkan pada kerjaya kita nama kita akan dikenang sampai bila-bila.
    tetapi kasih sayang yang sejati adalah kekasih awal dan akhir.

  8. menjadilah seorang yang soleh/solehah untuk bertemu yang soleh/solehah (surah an-nur26).

    bertemu dan berpisah itu indah jika segalanya kerana Allah. berilah kasih sayang kepada yang hak,utamakan cinta hakiki cintakan Allah dan Rasul(mengikuti suruhan&menjauhi laranganNYA).jadikanlah cinta sesama makhluk itu suci cinta yang disulami ibadat iaitu:mencintai suami,isteri,ibu-bapa,anak-anak.bukan org y belum pasti menjadi pasangan kita.

    kadang-kadang Allah mengambil matahari dan menurunkan hujan,kita menangis kesedihan 😦
    rupa2nya Allah mahu memberi kita pelangi yang cantik selepas hujan 🙂

    renungan bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: