Kit Siang: Kita tak takut kalah, tak takut mati

Posted in Politik on 6 April 2013 by Admin

Sumber :- Malaysiakini

Walaupun Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.

batu pahat dap ceramah 050413 06“Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan kiasu (takut kalah)! Kita bukan kiasi (takut mati)

Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!” katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.

Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.

batu pahat dap ceramah 050413 03 crowdLim yang mahu meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor itu menegaskan, beliau memilih Gelang Patang kerana mahu mengembangkan “tsunami politik” pada 2008 ke kawasan Selatan, sekali gus menguatkan Pakatan Rakyat bagi merampas Putrajaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah tanding Permatang Pauh

Posted in Politik on 5 April 2013 by Admin

Sumber :- Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.

Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun,” katanya

Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.

Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.

NONESekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.

Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.

“Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.

Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.

Bercakap Islam Mesti Sampai Syurga Neraka Tali Iman

Posted in iSLAMIC on 29 Januari 2013 by Admin

Bagaimana Mencari Cinta

Posted in iSLAMIC on 29 Januari 2013 by Admin

Diskriminasi Dan Janji

Posted in Kelantan, Politik on 29 Januari 2013 by Admin

YB Dato’ Mej. (B) Hj Md Anizam memberi respon terhadap janji dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan prasarana kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Kelantan telah banyak mengambil inisiatif sendiri bagi memberi keselesaan kepada rakyat walaupun tugas itu sepatutnya diselesaikan di peringkat pusat.

Antara Tanggungjawab, Janji & Rasuah

Posted in Kelantan, Politik, Tok Guru on 29 Januari 2013 by Admin

Rasulullah sumber inspirasi kejayaan setiap mukmin

Posted in iSLAMIC on 20 Januari 2013 by Admin

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Definisi berjaya berkumpul pada satu pakej lengkap yang berisi butiran-butiran pengiktirafan masyarakat kepada seseorang, iaitu kaya, jenius, sihat, muda atau sentiasa berjiwa muda, berjawatan tinggi, terkenal, memiliki hamba-hamba yang sedia mengabdi, mentaati, membela dan sanggup mati demi kejayaan tuannya, disempurnakan dengan nikmat yang tertinggi iaitu keluarga bahagia dan kawan-kawan yang setia.

Jika semua itu terkumpul pada diri seorang muslim, tiada alasan untuk menyatakan dia gagal kecuali satu kekurangan yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata biasa iaitu apabila segala kejayaan itu tidak didampingi oleh iman kepada Allah dan Rasul-Nya.. Ianya hanya dapat dirasa oleh diri yang membawa anugerah-anugerah bintang cemerlang yang memenuhi jubah kejayaannya itu. Tanyalah pada orang-orang yang merasai nikmatnya berada di puncak sukses, pasti nurani mereka mengeluh: “Kalau tiada iman semua terasa hampa, kejayaan yang diperolehi tidak mampu memuaskan diri.”

Apabila kejayaan membuat seseorang lebih mengenal Allah maka dia akan berusaha untuk mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa-apa keuntungan duniawi yang diperolehi dengan cemerlang seharusnya disumbangkan untuk kepentingan agama Allah Taala. Jika tiada visi dan misi untuk membela agama Allah melainkan untuk kepentingan diri sendiri selama itu manusia tidak akan merasa puas menjadi hamba kepada nafsunya. Orang yang mengejar harta semata-mata mahu jadi kaya dan orang yang mengintai jawatan ataupun pangkat terhormat semata-mata gila kuasa tidak dapat disamakan dengan peribadi Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya ataupun Usman bin Affan tokoh ekonomi terulung dan khalifah yang bijak menjana kekayaan umat. Kedua tokoh ini terlalu agung untuk dibandingkan dengan diri kita yang sungguh lemah iman. Apabila mereka berjuang menguasai dunia umpama singa di siang hari dan menghabiskan malam-malamnya dengan sujud yang panjang, menangisi dirinya seraya mengingati perjumpaan dengan Tuhannya seolah-olah itulah malam terakhir untuk mengucap selamat tinggal kepada semua yang dimiliki. Mungkin diri kita sedang terlena oleh mimpi-mimpi mahu cepat kaya tetapi kurang mujahadah. Jika untuk kepentingan dunia saja kita masih lagi tidak serius bagaimana untuk kepentingan akhirat? Mungkin dilupakan sudah masa depan ke negeri akhirat.

Mengapa kuat sungguh azam para sahabat yang merampas Rom dan Parsi tetapi tidak sedikit pun hasil rampasan itu menjejaskan kecintaan mereka kepada akhirat? Sesungguhnya ingatan mereka kepada wasiat Rasulullah SAW, insan yang paling dikasihi tidak pernah luntur, sabda Baginda nyata memberi inspirasi yang melonjakkan semangat cinta dunia dan sekaligus rindu akhirat. “Demi Allah bukanlah kemiskinan yang aku takutkan ke atas kamu, melainkan aku khawatir jika terhampar luas bagimu dunia sebagaimana telah terhampar pada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu berlumba-lumba sebagaimana mereka berlumba-lumba sehingga membinasakan kamu sebagaimana telah membinasakan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Hadis tersebut menjadi kayu ukur bagi setiap muslim yang bercita-cita menguasai dunia. Jangan lupa, lalai dan tenggelam dalam keasyikan berada di mercu kejayaan hingga lupa tanggungjawab kepada Tuhan yang berhujung menjadi lupa diri. “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-hasyr ayat: 19)

Namun bukan bermakna Rasulullah SAW menentang usaha mencari kekayaan dan kuasa di muka bumi ini, malah wajib bagi setiap muslim menguasai apa-apa bidang yang penting untuk kemaslahatan umat. Agar cahaya agama Allah itu boleh menjadi rahmat bagi sekalian manusia, tidak kira ia muslim atau non muslim. Bagaimana hendak menguasai dunia jika umat Islam masih jauh berada di bawah paras kemiskinan? Sesungguhnya orang kaya pasti bahagia jika ia bersyukur dan yang miskin pasti sengsara kecuali yang redha.

Hanya bagi mereka yang kaya dan berjaya diperlukan sikap lebih berhati-hati dan waspada dengan fitnah harta yang akan menjejaskan iman apabila tidak dapat dikawal dengan baik. Semestinya orang-orang kaya lebih kuat ibadatnya daripada yang miskin, kerana ia tidaklah terlalu susah memikirkan sumber pendapatan sebagaimana orang miskin yang membanting tulang untuk menghidupi keluarga. Tetapi pada kenyataannya kekayaan banyak membutakan hati dan merapuhkan azam untuk mengabdi kepada Allah.

Begitulah ujian bagi orang-orang yang hebat, sukses dan terbaik yang pernah dilahirkan di dunia. Jika tidak kuat iman di dalam hati manusia akan tenggelam ke dalam gelombang tsunami yang dihasilkan berpunca daripada nafsu serakah angkara harta, wanita, tahta dan kuasa melainkan Allah Taala menolong hamba-hamba-Nya dan menyelamatkan daripada kejahatan diri mereka sendiri.

Sumber :- Drjuanda.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers